Thursday, April 26

lens palsu


hye kawan2,hary ni aq nak cita sikit pasal lens,hampa taw kan lens,sapa yg xtaw tu,meh nak bgtaw,lens 2 kanta lekap la.hahah
pic kat ats 2 nak tnjuk cara nak tgk lens tiruan,lens ni datang dari 2 negara,korea n china..yg plsu dtg dri china.mcm pic kat ats..takot kan bila tgk,,mmg lens dri china ni bhaya..n lens yg aq jual 100% dari korea k..:)
yg korea mmg elok,,xkuar wrna mcm lens china n yg korea tahan lama,,so,kalau hmpa nak bli lens,beli lens korea k.
if xprcaya mai la umah aq tgk..huhu
bnyak org xcya bila lens jual murah,,murah bukan sbb xelok k kwan2.murah sbb depa bt promosi,n kalau xcaya gak,boleyh ikut step knl pasti lens tiruan mcm pic kat ats tu..
aq nak prtahankan lens aq pon bkan lens aq boleyh brcakap kan.so,ikut haty msing2 k..:)
asalkan hampa pandai jga kbersihan lens n kbersihan tgn hampa bila pkai lens sudah..n nak bgtaw jgak,lens korea ka lens kat kedai optic ka,,sama ja,slalu org kata lens kat kdai selamat.tp sbnaqnya kalau hmpa xpndai lens tu, mata hampa xkan slamat kalu beli kat kdai optic  skalipon..sekian,makasih, -,-

Thursday, April 12

Cinta berlandaskan Agama Islam :)

Assalammualaikum,kawan-kawan. Hari ini saya akan berkongsi tentang "Cinta berlandaskan Agama Islam" .Mudah-mudahan kita dapat memanfaatkan ilmu yang kita perolehi. Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin
Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:
1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.


 4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.


5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
       Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta Selepas Bertunang
Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.
     Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.


Cinta Selepas Kahwin
Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.
       Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:
1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.
2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.
3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.



Seharusnya Cinta… 
Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.
Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.
Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.
Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.Oleh itu saya sentiasa ingin mengingatkan kawan kawan serta diri saya sendiri apabila kita bercinta hendaklah berlandaskan islam.. 

Saturday, April 7

Rahsia Bulan Kelahiran

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja

Bulan 7 adalah bulan kelahiran aku.:)
17 JULAI 1994 -,-

sekolah kebangsaan bagan ajam 2004-2006

hai2..nampak dak tajuk kat ats 2.?
huuu,,2 la skolah aq msa skolah rendah,tp awad mcm xpnh dengaq kan kat perlis?yala,skolah 2 kat peneng,dlu aq dok peneng,so abes UPSR baru pndh perlis.Dulu aq mnetap di kelas 6 Merah.tu tulisan jd merah.harhar
bnyak kenangn kat sana..pic ni aq edit ikut kdudukan msa dlm klas dlu..(daya ingatan yg kuat)heheh
msti hampa nmpak kan kelas aq ni mcm berbilang bangsa,,haha
kelas aq ada 6 org yg berbgsa india,depa ni pandai2 wot..
tp sbnaqnya ada lg kwan2 aq yg aq xboh gmbaq depa..:(
ada yg fb tidak dijumpai,ada yg deactive fb dya,,hmm..mcm2:D
N ada yg xboh pic sndri,,2 aq payah nak cari la pic depa..
sorry na,kepada yg xdak dlm gambaq ni
1.aliana adira
2.aizat matnor
3.ovinesh
4.mohd arif
5.arishinee
6.shahrukaini
7.mohd zuhaili
aq mntak maaf na..pic n fb hampa tdak dpt dikesan,tapi aq still ingt hampa na..-,-
n aq nak cita la swang2 kawan aq ni..k,kita start dri kiri ats sekali line 1.
nma dy nur aimi nabilah,msa sk rndh dy ni prefect,n bwah aimi nma dy mohd amirul husni,dy ni bdak hoki n library prefect,bwah amirul plak nma dy nurul atiqah zulkamal(bdak netball),dy ni prefect jgak dlu..bwah atiqah nma dy.logan a/l apa tah,hheh,bwah logan spa lg kalau bkan aq(bdak netball gak,haha)..war2
dlu aq dok blakang skali sbb aq tinggi,,hah,,la dak dah..

line ke 2 plak,
nma dy qhairunnisya johari,dy ni pngwas mkml komp dlu,bwah qhairun nma dy zulkarnain ismail,bwahnya adalah pnolong ktua klas, nma dy siti khadijah,bwahnya plak nmanya adam khan b.ayob khan(muka macam arab)..dy la ketua kelas.n last skali nmanya aliaa aqilah(bdak softball),pngawas mkml komp jgak.:)

line ke 3 plak,
nma dy nisha a/p xtaw,dy prefect.bwahnya adalh syamimi mahmud(bdak netball),prefect lg..hehh
bawah mimi adalah kwan baik aq,adibah amin(bdak softball),library prefect.
bwah dibah adalah maszuri,dy ni comel2 ja..:)
n last nma dy safia(bdak softball).:)

line ke 4,
nmanya nur marini(bdak netball),,prefect lg ka?ya,,,:)
bnyak pngawas klas aq ni..7 org prefect,tp xpnh kantoi,,hehehh
bwah marini adalh mohd hariez affandy,bdak hoki,,bnyak bdak hoki klas aq ni,,n smpai la depa msih maen hoki..:)
bwah hariez adlh mohd azrul hasbullah,jga bdak hoki,,dlu pngawas komp,la dy dok maen hoki lg untuk malaysia,,bdak SSBJ.bangga aq ada kwan mcm dy ni..harhar
bwah azrul nm dy rubendiran parthiban.n last nmanya hemakkesha arumugam.

line ke 5,
dy ni library prefect jgak,nmanya nurul amarliza,kiut dy kan..:P
bwahnya adalh khogulavarman appu,bwah khogu adalh herintra,bdak hoki jgak yg ni..bwah dy plak nma nya KHIR AZMER AFIQ BIN KHIR ANUAR.heheh,bdak hoki n library prefect.awad tah aq bt tlisan besaq mai kat nma bdak ni,,ehem2..
dulu kami dua la..heheheh :)
nmpak dak,dy dok blakng skali dlm klas,sma la ngn aq,,wah2
mcm mna tah kami lekat dua..tp 2 dlu la..:)
n most important person in class 6 merah adalah,guru kelas kami,,
Puan bedah bt Rejab :)
dy la ibu kami,dy ajq kami sains n mate..

panjang dah kotna aq cita,,kenangn aq yg ni la aq xdpt lpa..
wlaupon dh btaun,,tp kami msih dpt cntct,,:0
kbai -,-

Thursday, March 22

spm

so far,result ku ok la jugak. .walaupun xbrapa elok sangat tapi ada la jugak A tu kan. .
frust gila ku,bila tengok jadi cemgini. .:(
nak apply apa pun x yakin,asa macam tak layak . sabaq gila. .memang ku banyak maen kot dulu kan.
hmmmmm, ,tapi ku still boleyh apply mana yang diterima masuk dengan result yang ku dapat. .bersyukur la tu kan. .:)
hope lepas ni ku boleyh dapat tempat study yang bersesuaian dengan ku,yang ku minat! ('',)

Friday, March 9

holiday :)

17 feb-8 mac 2012 aq p kl. .p bkn untuk keja ok,saja p jln2 smbil2 nk try asa dok umah kak long aq AINATUL MARDHIAH :)
tp yg bnyak nya aq dok umah jala,sbb kezen aq keja, ,tp bila time dy cti 2,aq la pling happy bangang sbb bleyh kuaq,yala.dok sna nk kuaq swang2 xtaw jlan,:(
kat sna aq dok umah flat ja..sewa sna kan mhal,so kak long aq kna jimat cermat..
Kak long aq dok dgn housemate dya,tp dh toa pon..xgeng la ngn kmi yg mda mdi ni.hak hok..:0
R2 kak long aq n housemate dya p i-city kat shah alam..best gak la..tp xdak apa pon..just lampu2 2 ja yg mencantikn lg tmpat 2..then hri2 lpas2 p jalan tar bli skit barang.and yg lbeyh nya p karok,shopping and tgk wyg cita ghost rider ngn adnan sempit 2.best gila adnan sempit 2,aq gelak xbqenti kowd. .haha,,sapa2 yg xtgk lg 2 p la tgk..xrgi..:)











Wednesday, February 15

kerana bulu mata

Diceritakan di Hari Pembalasan Kelak,ada seorang hamba Allah sedang diadili.Ia dituduh bersalah,menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.Tetapi ia berkeras membantah.''TIDAK!"DEMI LANGIT DAN BUMI SUNGGUH TIDAK BENAR.Saya tidak melakukan semua itu."
"Tetapi saksi2 mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri kedalam dosa,"jawab malaikat.Orang i2 menoleh kekiri dan kekanan,lalu ke segenap penjuru.Tetapi anehnya,ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.

Disitu hanya ada dia sendirian.Maka ia pun menyanggah,"Manakah saksi2 yang kau maksudkan?Di sini tiada siapa kecuali aku dan suaramu."
"Inilah saksi2 itu,"ujar malaikat.Tiba2 mata hamba Allah tersebut berbicara,"Saya yang memandangi."Disusul oleh telinga,"Saya yang mendengarkan."Hidung pun tidak ketinggalan.
"Saya yang mencium,"bibir mengaku.
"Saya yang merayu,"lidah menambah.Saya yang mengisap.
Tangan meneruskan,"Saya yang meraba dan meramas."
Kaki menyusul,"Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut."

"Nah!Kalau ku biarkan seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu",ucap malaikat.Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahanya lagi.Ia putus asa dan amat berduka,kerana sebentar lagi bakal dihumban ke dalam Neraka Jahanam.Padahal,rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu,tiba2 terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya:''Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi,"
"Silakan",kata malaikat."Terus terang saja,menjelang ajalnya,pada suatu tengah malam yang lengang,aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya.Bukankah nabinya pernah berjanji,bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat,walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya,namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka.

Maka saya,selembar bulu matanya,berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan,"
Dengan kesaksian selembar bulu mata itu,orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga.Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga,"Lihatlah,Hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan sehelai bulu mata."

ALLAH MAHA PENGAMPUN